Khamis, 24 Mac 2011

NATURAL GAS VEHICLES.

NGV bermaksud NATURAL GAS VEHICLES.

2.Ia diakui mampu menjimatkan kos petrol melebihi 70%.
3.Pengguna NGV diberi diskaun Cukai Jalan di antara 25%-50%.
( 25% untuk kenderaan yang menggunakan petrol & ngv )
( 50% untuk kenderaan yang menggunakan ngv sahaja )
4.Perbezaan kos petrol dan ngv untuk 300 liter
Harga Petrol 2010
RM 1.85 seliter (ROM 95) x 300 liter = RM 555.00

RM 2.30 seliter (ROM 97) x 300 liter = RM 690.00

Terima kasih di atas keperhatinan tuan/puan kepada GAS NGV.

LATARBELAKANG NGV.

1. NGV bermaksud NATURAL GAS VEHICLES.
2. NGV terdiri dari 96%-98% Methana ( CH4 )
3. Gas ngv tidak sama dengan gas yang kita gunakan untuk memasak
atau LPG.
4. Kualiti gas ngv lebih baik dari kualiti tong gas LPG.
5. Tong gas ngv boleh tahan di antara 15 hingga 20 tahun.
6. Menurut sumber PETRONAS, tong gas ngv perlu memiliki sijil
ISO 11439 atau NZS 5454.
7. Pemasangan ngv hanya boleh dilakukan oleh bengkel yang sah
telah berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan
pemasang ngv atau mekanik mesti mempunyai Certified Installer
yang diakui oleh pihak berkuasa Malaysia.
8. NGV terbentuk dari penyuraian Organik.
9. Asap ngv tiada bau dan warna, sukar dikesan.
10.Untuk mengeluarkan bau sulfur, Mencaptan dicampurkan.
11.PETRONAS menggunakan Sistem Paip dan lori tangki untuk
membekalkan gas ke stesen-stesen ngv.

Keistimewaan lain ngv
i). Penjimatan bahan bakar sehingga 70%
ii). 65% lebih murah dari Petrol
iii). 43% lebih murah dari diesel
iv). Harga stabil, tidak berubah seperti Petrol
v). Terdapat sumber yang banyak di Malaysia
vi). Infrastruktur dan kemu
ix). Penyelenggaraan yang rendah
dahan gas yang telah tersedia
vii). Tidak menyebarkan asap sekaligus mengelakkan
pencemaran alam sekitar
viii).Selamat digunakan di mana gas akan terperuwap jika
berlaku kebocoran


ANGGARAN KOS PEMASANGAN NGV
1. CARBURATOR SYSTEM RM 2,900 - RM 3,200

2. INJECTION SYSTEM RM 3,000 - RM 4,000
3. SEQUENTIAL SYSTEM RM 5,000 - RM 6,000(4 Cylinder) - RM 6000.00 - RM 8000.00 (6 Cylinder)

( Walaubagaimanapun, harga tertakluk kepada saiz tong gas ngv serta model kereta/mpv

KIRAAN KOS PETROL DAN NGV

1. Tujuan utama penggunaan ngv ialah untuk mengurangkan kos
petrol.
2. Ia diakui mampu menjimatkan kos petrol melebihi 70%.
3. Pengguna NGV diberi diskaun Cukai Jalan di antara 25%-50%.
( 25% untuk kenderaan yang menggunakan petrol & ngv )
( 50% untuk kenderaan yang menggunakan ngv sahaja )

4. dan ngv untuk Perbezaan kos petrol 300 liter

Harga Petrol 2011

RM 1.90(Ron 95) seliter x 300 liter = RM 570.00
RM 2.40(Ron 97) seliter x 300 liter = RM 720.00

Harga NGV

RM 0.68 seliter x 300 liter = RM 204.00
Penjimatan RM 372 untuk 300 liter.

5. Jika sebulan, anda jimat RM 372.00, setahun jimat RM 4,464
dan 10 tahun RM 44,460 dan jika 15 tahun anda jimat RM 66,780.

6. Jika harga petrol naik 30 sen pada tahun 2008, harga runcit
petrol RM 2.22 seliter, sebulan anda jimat RM 462 sebulan.
Setahun jimat RM 5,544. Sepuluh tahun anda jimat RM 55,440.00
dan jika 15 tahun anda jimat RM 83,160.00.

7. Jika harga petrol naik 80 sen pada tahun 2008, harga runcit
petrol RM 2.72 seliter, sebulan anda jimat RM 612.00, setahun
jimat RM 7,344. Sepuluh tahun anda jimat RM 73,440 dan jika
15 tahun anda jimat RM 110,160.

8. Modal pemasangan ngv hanya di antara RM 3,000 hingga RM 8,800
untuk 15 tahun.

9. Bayaran bulanan jika anda membuat pinjaman mudah di bank
komersial atau melalui Skim Bayaran Mudah Tanpa Faedah
Biro
( Koperasi CUEPACS Berhad/Biro Angkasa )
hanya sekitar RM 80 hingga RM 150 sebulan selama 60 bulan.

ANALISA PENJIMATAN KOS BERDASARKAN PERJALANAN 5,000 KM OLEH PROTON WAJA
( Kadar penjimatan tertakluk kepada jenis, keupayaan enjin serta
kondisi kenderaan )

KOS PETROL KOS NGV PENJIMATAN
RM 1.92 per liter RM 0.68 per liter RM 1.24 per liter
( RM 9,600.00 ) ( RM 3,400.00 ) ( RM 6,200.00 )

TANGGAPAN NEGATIF TENTANG NGV DAN CARA-CARA MENGATASINYA
1. Kuasa pikap kenderaan akan berkurangan
Memang diakui kuasa akan berkurangan sekitar;
i). 5% jika menggunakan kereta sistem injection/suntikan
ii). 10% jika menggunakan kereta sistem karburator.

CARA-CARA MENGATASINYA;
1. Pengguna ngv boleh menggunakan ANACOJI AIR INJECTOR iaitu
alat yang di pasang di inlet manifold dan boleh tahan
sehingga 500,000 km ( 10 hingga 15 tahun ).

2. Anacoji Air Injector berfungsi membawa oksigen tambahan
melalui valve udara dan tekanan oksigen yang terhasil
apabila bertemu bahan bakar akan menghasilkan
gas hidrokarbon dan membolehkan proses membakaran lebih
sempurna dan ini akan membolehkan piston bergerak lebih
lancar dan laju. Para pengguna Anacoji.
Air Injector akan merasa kenderaan mereka LEBIH RINGAN serta
merasa lebih pikap. Harga seunit Anacoji Air Injector ialah
RM 699.00 dan ada warranty selama 3 tahun. Pengguna ngv
boleh memasang Anacoji Air Injector untuk mengatasi masalah

kurang kuasa pikap. Pemasangan ngv dan Anacoji Air Injector
boleh dilakukan secara pakej melalui satu sistem bayaran
mudah yang telah disediakan.

4 ulasan:

  1. whatsapp bossku nao pasang d mpv 0149277669

    BalasPadam
  2. Jika lori 8tan boleh pasang tak jika pasang berapa kos dan ade tak pengaangktan jalan raya jpj kacur

    BalasPadam
  3. Lori 1tan diesel bole guna ngv tak..??

    BalasPadam